Sunday, 11 November 2012

Syawal Ke-7, Terakhir Ku Tatap Abah

Assalamua'alaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Lama sudah rasanya aku tinggalkan halaman ni dan banyak sungguh perkara yang telah berlalu dalam hidupku.. Begitu pedih ...

Syawal yang lalu, pada pagi nya yang ke-7, arwah abah yang ku sayangi, telah pergi meniggalkan kami... Sesuatu yang amat mengejutkan, meruntun hati kami... Pagi Syawal yang ke7, jam 2.30 pagi, aku di Putrajaya, (pulang raya ke-5 kononnya ingin beraya dirumah kawan2 yang berhampiran,) aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari adik yang risau dengan keadaan abah.. katanya, abah sesak nafas.. sambil menangis..  Entah kenapa aku  merasa begitu takut sekali, aku menangis tiada henti, bergegas diwaktu itu, memandu pulang mendapatkan ayah, dengan perjalanan 1jam 30minit.. merasa seolah2, abah akan pergi.. tapi ku sangkal fikiran itu..Aku memandu, dengan risau yang Allah s.w.t sahaja yang tahu, setiba aku di rumah, ambulance telah sedia menunggu, jam 4.00 pagi... lama sungguh abah dirumah, dalam keadaan sesak nafas begitu..  sampai sahaja, aku cari abah, aku lihat, tubuh dan wajah nya yang telah pucat... Ya Allah... hanya kau lah saja yang tahu perasaanku..
Ku turut abah ke ambulance, begitu kuat sekali, abah tetap berjalan.. kerana badannya yang besar dan tinggi, mungkin abah risau, paramedik tidak mampu memapahnya... aku pesan padanya, untuk terus bernafas,... abah begitu lemah wajahnya..Ku turut abah hingga ke Hospital Sungai Buloh, tiba pada jam 5.18 pagi.. Abah,,,,, lama sungguh engkau bertahan... Tidak dapat aku bayangkan betapa sakitnya dan derita yang kau rasakan.. Pada awalnya doktor mengesahkan keadaan abah stabil, hanya pernafasannya yang belum stabil lagi... aku merasa sedikit lega, namun sesudah solat subuh di hospital, doktor memanggil kami sekeluarga dan memaklumkan bahawa keadaan abah kini kritikal.. Ya Allah,.. lemah lutut untuk berdiri, aku tersandar di dinding ward.. semakin risau dengan keadaannya.. Ku gosok lengan abah, bertanya, " abah selesa tak?? okay tak?? Abah pandang ke arah ku, dihujung jelingannya yang sudah tidak berdaya itu, sambil menggeleng... " aku menangis lagi.. Ya Allah, berikanlah peluang kedua buat abah, selamatkan lah dia.. Yasiiin ku baca berulang2  kali, moga Allah perdengarkan doa ku tadi, hinggalah apabila doktor kembali meminta izin untuk tidurkan abah, .... aku dan ibu setuju, abah telah pun ditidurkan... adik berulang2 keluar masuk melihat keadaan abah bersama para doktor.. dan minta aku juga pergi melihat abah, aku akhirnya melihat dibalik tabir, doktor memanjat katil, melakukan CPR keatas abah, ...hancur hati ini.. seperti tahu bahawa tiada harapan lagi.. kami berkumpul di katil abah... hingga pada jam 8.15 pagi apabila doktor berkata: " Puan, Encik Sayed sudah tiada lagi..." Ya Allah!!! Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Dengan sesak nafas sahaja, abah pergi buat selamanya.... aku redha dgn ketentuan mu Ya Allah... Moga kau kuatkan hati kami yang penuh dengan penyesalan ini.. Ampunkan kami ya Allah... dan tempatkan abah bersama mereka yang Kau kasihi.. amiin... ya rabbal 'alamin..

1 comment:

  1. feel missing something in my life eventhough happiness around us....

    ReplyDelete