Sunday, 11 November 2012

Syawal Ke-7, Terakhir Ku Tatap Abah

Assalamua'alaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Lama sudah rasanya aku tinggalkan halaman ni dan banyak sungguh perkara yang telah berlalu dalam hidupku.. Begitu pedih ...

Syawal yang lalu, pada pagi nya yang ke-7, arwah abah yang ku sayangi, telah pergi meniggalkan kami... Sesuatu yang amat mengejutkan, meruntun hati kami... Pagi Syawal yang ke7, jam 2.30 pagi, aku di Putrajaya, (pulang raya ke-5 kononnya ingin beraya dirumah kawan2 yang berhampiran,) aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari adik yang risau dengan keadaan abah.. katanya, abah sesak nafas.. sambil menangis..  Entah kenapa aku  merasa begitu takut sekali, aku menangis tiada henti, bergegas diwaktu itu, memandu pulang mendapatkan ayah, dengan perjalanan 1jam 30minit.. merasa seolah2, abah akan pergi.. tapi ku sangkal fikiran itu..Aku memandu, dengan risau yang Allah s.w.t sahaja yang tahu, setiba aku di rumah, ambulance telah sedia menunggu, jam 4.00 pagi... lama sungguh abah dirumah, dalam keadaan sesak nafas begitu..  sampai sahaja, aku cari abah, aku lihat, tubuh dan wajah nya yang telah pucat... Ya Allah... hanya kau lah saja yang tahu perasaanku..
Ku turut abah ke ambulance, begitu kuat sekali, abah tetap berjalan.. kerana badannya yang besar dan tinggi, mungkin abah risau, paramedik tidak mampu memapahnya... aku pesan padanya, untuk terus bernafas,... abah begitu lemah wajahnya..Ku turut abah hingga ke Hospital Sungai Buloh, tiba pada jam 5.18 pagi.. Abah,,,,, lama sungguh engkau bertahan... Tidak dapat aku bayangkan betapa sakitnya dan derita yang kau rasakan.. Pada awalnya doktor mengesahkan keadaan abah stabil, hanya pernafasannya yang belum stabil lagi... aku merasa sedikit lega, namun sesudah solat subuh di hospital, doktor memanggil kami sekeluarga dan memaklumkan bahawa keadaan abah kini kritikal.. Ya Allah,.. lemah lutut untuk berdiri, aku tersandar di dinding ward.. semakin risau dengan keadaannya.. Ku gosok lengan abah, bertanya, " abah selesa tak?? okay tak?? Abah pandang ke arah ku, dihujung jelingannya yang sudah tidak berdaya itu, sambil menggeleng... " aku menangis lagi.. Ya Allah, berikanlah peluang kedua buat abah, selamatkan lah dia.. Yasiiin ku baca berulang2  kali, moga Allah perdengarkan doa ku tadi, hinggalah apabila doktor kembali meminta izin untuk tidurkan abah, .... aku dan ibu setuju, abah telah pun ditidurkan... adik berulang2 keluar masuk melihat keadaan abah bersama para doktor.. dan minta aku juga pergi melihat abah, aku akhirnya melihat dibalik tabir, doktor memanjat katil, melakukan CPR keatas abah, ...hancur hati ini.. seperti tahu bahawa tiada harapan lagi.. kami berkumpul di katil abah... hingga pada jam 8.15 pagi apabila doktor berkata: " Puan, Encik Sayed sudah tiada lagi..." Ya Allah!!! Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Dengan sesak nafas sahaja, abah pergi buat selamanya.... aku redha dgn ketentuan mu Ya Allah... Moga kau kuatkan hati kami yang penuh dengan penyesalan ini.. Ampunkan kami ya Allah... dan tempatkan abah bersama mereka yang Kau kasihi.. amiin... ya rabbal 'alamin..

Monday, 23 April 2012

Malam tadi i watch tv9, kisah pasal journalist yang hampir kehilangan kerjayanya kerana penulisan yang dikatakan kurang menarik.. so, make it short, he started to find any way that could bring he up again.. Motif dia  sebenarnya, besides to be the best journalist macam his late dad,  ialah untuk his son.. To impress him....

One nite, dia terserempak dengan homeless old man kena belasah dengan budak-budak jahat, so he tried to save him.. and get to know that old man dari situ.. Old man tu sangat seperti pengemis, but he claim himself as Champ. Juara tinju suatu ketika dahulu.. yang mana  semua orang sangka dia dah mati..

this journalist thought dat maybe he can write an article about this man, since orang tua ni bekas juara tinju  after days and weeks spent with this man, dia come out dengan article nya.. that article mendapt sambutan yang sangat hebat,.. seperti kembali menghidupkan zaman kegemilangan seorang juara tinju yang disangka telah mati..

malang memang tak pernah berbau, one day, ada sorang lelaki ni datang to sue him and the newspaper.. sebab keluarkan cite tipu.. and this guy is actually the real son of that Juara Tinju.. This guy jugak cakap yang the person you are putting his story in the news paper dah lama mati.. meaning to say that, orang tua tu bukan la juara tinju yang diceritakan dalam paper tu.. Juara tinju dah lama mati.. This journalist, macam kena hempap dengan langit, terduduk dan tak tau nak buat apa.. ye laa.. after the article released, sume orang carik dia, impressed dgn his writing... finally, he got the wrong person.. atau lebih tepat, he was cheated. kesian dia..

sebab terlalu nak menyerlah seperti bapanya, dia can simply trust that old man which actually, also a boxer, tapi  bukan la juara sebenar.. dis old man pernah menggunakan nama juara ni untuk bertanding dulu di tempat2 terpencil dan menang sebagai juara... so, he feel like, dia lah juara tu.. dengan menggunakan nama juara tu.. Oh my.. such a complicated story.. but teach u a lot..

i can see from my point of view yang this journalist sangat sayang anaknya, terlalu nak mengimpresskan anak nya, terlalu mengejar pencapaian ayahnya yang juga seorang journalis dan berjaya... he could do anything for dat.. tapi, at the end of the story, cite ni macam to tell you, its no matter who you are, but who you believe you are.. sebab bila u believe u are good, then u'll be good.. something macam tu la..

suka cite2 yang macam ni.. ada banyak maksud yang tersirat for you to ponder.. ;)

-tido malam tu pukul 1.30 pagi..-

Thursday, 5 April 2012

Happy Friday... (Jumaat Yang Menenangkan)

Assalamualaikum all..

Something i would like to share, aku tak tau la pendapat korang, but to me, every friday ada satu rasa yang lain.. suasana yang tenang, jiwa rasa gembira (not because of esok cuti,  okay...), and langit pun tidak akan terlalu terik.. akan ada angin yang sepoi2...

Dan pernah aku terbaca dalam sebuah buku yang mengisahkan tentang peribadi Rasulullah s.a.w.  Dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w gemar mengenakan pakaian berwarna putih pada hari Jumaat. And i feel like doing so, one day... ;) Hmm.. when we talk about this, its undeniable that all the things we have now adalah satu rezeki dan rahmat dari Nya.. cume macam mana kite nak terus ingatkan diri dan hati kite, bahawa kite kena selalu bersyukur pada Nya.. one simple step yang i kadang2 practice ialah dengan melihat keajaiban indahnya alam... (maklumlah, penggemar alam la katekan.. :P) So, from there, aku akan always remind my self that i need to be ready.. at all time.. for life hereafter..

ceh..ceh.. tazkirah jumaat la pulak.. over je..! bukan apa, saja ingat-ingatkan ,, kite kan saudara..:D

Happy Friday.. ;D

For You Guys!

Assalamu'alaikum all.

As for the start, i nak belanja u all makan KFC.. ngeh..ngeh..ngeh... :D

Valid till June 2012 so korang boleh la plan nak ajak bf /gf / dear hubby/ lovely wife/ beloved friend pegi makan... Just print out coupon ni, colour or black and white, pastu boleh guna terus.. No additional payment accept GST (Government Service Tax) kot..

p/s:  (teringat lagu KFC yang baru ni.. "Balik makannnn.. malaysia balik makan.. malaysia balik makan... family feast.... " :D )

Wednesday, 4 April 2012

Emm.. Nak makan ke tak ek? :s


Kekawan over toasted bread!!  (Full with Anger!! ) Nampak tak yang pegang ranting tu..? :P

Pick a New Start!

Life is so uncertain.. Pick a new start, enjoy every single moment (in your limit) and release with satisfaction...